Tutorial Shawl Jawdaa buat peminat HaYaNa Muslima!
Shawl Jawdaa yang menggunakan material chiffon yang lembut dan terletak mudah digayakan dengan pelbagai cara yang selesa dan sopan. Salah satu tutorial cara memakai shawl Jawdaa adalah seperti di bawah, sesuai untuk dipakai untuk aktiviti harian dan tidak perlu terlalu sarat dengan aksesori! Shawl Jawdaa direka khas dengan corak design yang eksklusif dan anggun!
***Penggayaan shawl in lebih mudah dengan memakai inner neck***
1) Bahagikan shawl kepada sebelah pendek dan sebelah panjang. Pinkan ditepi bawah pipi pada bahagian shawl yang panjang.
2) Pusingkan shawl kebelakang leher dan bawa ke depan (Anda akan dapati bahagian plain shawl akan menghadap di luar). Pinkan pula bahagian tepi bawah pipi sebelah bertentangan untuk lebih kemas.
3) Shawl dibawa ke belakang dan di pinkan di atas.
4) Wujudkan efek alunan shawl yang cantik dengan pinkan separuh bahagian yg pendek di sisi muka.
SELAMAT MENCUBA! ♥♥